Kursus Keusahawanan

11 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 10 Julai 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kursus keusahawanan bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 8:00 pagi sehingga 4:00 petang. Kursus ini diadakan dengan kolaborasi bersama pihak Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED). Kursus ini telah disertai oleh 16 orang peserta berumur dalam lingkungan 18 sehingga 60 tahun.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk menerangkan kepada peserta cabaran dan peluang menjadi usahawan. Di samping itu, peserta juga didedahkan dengan portal produk Sarawak. Portal ini membantu para peserta yang mempunyai perniagaan untuk menggunakan platform ini dan seterusnya memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Peserta di ajar cara untuk memuat naik produk mereka ke dalam portal, menulis deskripsi produk mereka dengan padat, ringkas dan senang difahami. Peserta juga diajar cara untuk orang ramai membeli produk mereka sekiranya mereka berminat iaitu melalu postage atau COD (Cash on Delivery). Cara pembayaran juga boleh ditentukan oleh usahawan sendiri.

Antara kebaikan yang diperoleh dari kursus ini ialah peserta dapat menggunakan portal produk Sarawak sebagai platform baharu selain dari media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk memasarkan produk mereka. Produk mereka juga secara tidak langsung tersenarai dalam portal produk Sarawak dan memudahkan orang ramai tahu kewujudan produk mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali